top of page

KISAH AKU.

  • Writer: aicha don
    aicha don
  • 6 Jul 2019
  • 3 min membaca

Updated: 7 Jul 2019


Seronok juga kalau diberi peluang jadi cover majalahkan...hihihi

Ini adalah pengalaman pertama dan baru aku dalam pembikinan dan penulisan untuk blog. Sebelum ini aku pernah dengar pasal blog dan ramai kawan-kawan aku yang ada blog sendiri. Setiap hari dan masa, ada saja cerita atau info yang diorang akan update dalam blog. Bukan aku tidak suka blog cuma aku rasa aku tiada kepentingan apa-apa untuk mempunyai blog sendiri.


Bila diberi tugasan seperti ini untuk membina blog sendiri, ia adalah satu peluang dan pelajaran yang bermanfaat pada aku dan kawan-kawan yang lain. Di sini kita diberi banyak pilihan untuk create apa sahaja yang kita mahukan untuk dipaparkan serta dikongsi dengan orang luar.


Blog antara sumber punca pendapatan kepada mereka yang berniaga secara on line mahupun pada mereka yang selalu membuat review tentang sesuatu produk, tempat pelancongan dan macam-macam lagilah. Apabila sesuatu kemudahan digunakan sebaik mungkin , ia akan memberi manfaat kepada penggunanya.



*************************************************************************

Cukup cerita pasal blog. Aku nak cerita tentang diri aku serba sedikit pula. Sudah tentu orang di luar sana nak kenal siapa penulis blogkan. Sekurang-kurangnya orang tahu siapa kita. Barulah mereka nak ikuti perkembangan kita setiap masa.




Assalamualaikum dan hai semua,


Nama penuh aku NORAISYAH BINTI SAADON. So korang boleh panggil aku Echa, Aisyah. Family aku panggil aku Nor. Kawan-kawan rapat dan tersangat rapat panggil aku dengan nama lain pula, itu rahsia..hahahahahahhaahahaha.. Aku merupakan anak ke sebelas daripada 12 orang adik beradik. 4 perempuan dan 8 lelaki. Tetapi kini tinggal 10 orang termasuk aku, selepas 2 orang abang aku telah kembali bertemu Penciptanya.



aku sudahpun berkeluarga dan alhamdulillah mempunyai 3 orang cahayamata, seorang perempuan dan dua orang lelaki. Umur anak-anak aku dalam lingkungan satu tahun hingga 14 tahun.




Gambar semasa bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang ( UKPP ), Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Aku kini bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pahang hampir 10 tahun sebagai Pembantu Penguasa Kastam. Rezeki aku bertugas di negeri kelahiran sendiri jadi tak adalah isu balik kampung sebagainya buat masa ini. Sekarang pun dalam keadaan bersiap sedia sekiranya di arah bertukar ataupun mengikut suami pindah keluar dari negeri Pahang.



Aku seorang yang aktif baik sukan mahupun aktiviti yang melibatkan kebudayaan. Aku bukanlah pandai bersukan sangat tetapi cukuplah sekadar menyertai sambil beriadah. Sukan yang aku paling minat semasa di bangku sekolah rendah dan menengah ialah HOKI. Biarlah lebam sana sini, bengkak kaki tangan kerana dek penangan kayu ataupun bola hoki, tidak patahkan semangat aku untuk main hoki. Aku layak sampai peringkat daerah sahaja. Bolehlah setakat itu yang termampukan.



Pasukan lelaki dan perempuan sekolah johan hoki peringat sekolah masa ini. Kami dapat mengalahkan pasukan yang dikatakan hebat setiap tahun.

Kalau tengok pada gambar di atas, ada yang berplaster sana sini dekat muka. Siapa cakap tak sakit... Sakitlah.. Tetapi sebab semangat pada masa itu tinggi, balik rumah baru terasa sakit bagai. hahahahahahaha. Bila masuk alam pekerjaan, tidak banyak pilihan sukan yang aku boleh pilih. Jadi aku mula berjinak main bola jaring. Memang zero dan tidak pandai main sukan ini. Senior-senior aku baik belaka dan diorang bersabar ajar dan latih aku sampai boleh main walaupun tidak sehebat mana.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lain-lain aktiviti.


Aku tidak pandai duduk diam. Mesti ada sahaja program atau aktiviti yang aku akan join.Aku memang sukan outdoor dan lasak. Bila aktif aku terasa satu kepuasan untuk diri aku sendiri. Dari situ aku banyak belajar macam-macam perkara dan uji kemampuan diri aku sendiri. Bukan semua orang diberi atau dapat peluang seperti ini. Jangan rugikan masa dan hidup kita dengan biarkan tanpa melakukan sesuatu yang boleg dijadikan sebagai SATU PENGALAMAN HIDUP



Terima kasih pada husband aku yang sentiasa beri support untuk setiap apa aku buat termasuklah keputusan untuk sambung belajar secara Pengajian Jarak Jauh-PJJ ( kelas dekat dengan rumah jer...hihihihi) dengan Universiti Utara Malaysia(UUM). Aku berdoa semoga dipermudahkan segala urusan aku dan kawan-kawan yang lain sehingga berjaya mendapat segulung ijazah yang diimpikan, in sya Allah.
Bekerja di satu jabatan dengan suami tetapi di tempat yang berlainan.

 
 
 

Comentarios


© 2023 by seliparjepon Proudly created with Wix.com

follow me
  • White YouTube Icon
aicha don
21371250_1562061247148346_68346179976058
hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. pengalaman itu adalah sebahagian pelengkap hidup di dunia ini. 

Thanks for submitting!

bottom of page