TERJEBAK JUGA...
- aicha don
- 6 Jul 2019
- 1 min membaca

Perasan tak sekarang ni rakyat Malaysia dah mula mempelbagaikan aktiviti sukan untuk menjaga kesihatan. Antara aktiviti yang mula mendapat tempat dan menarik minat rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri, berkayuh atau cycling activity.
Dulu masa budak-budak, akulah jaguhnya. Habis semua pelusuk kampung aku pergi dengan berbasikal saja. Memang tak ada masalah biarpun sampai kena kejar dengan anjing. hahahaha
Bila dah lama tak berkayuh ni, mulalah urat-urat jadi tegang semacam. Kayuh tak sampai 10m, dah mula terasa lenguh dan sakit pada kaki hingga pinggang. Adakah ini dikatakan faktor usia??? hihihi. Hilang terus title jaguh masa budak-budak dulu.
Mula Join Event
Bila dah ramai mula berkayuh, ramai jugalah penganjur yang menganjurkan program kayuhan ini. Kitakan budak baru belajar berkayuh.. hahaha.. jadi aku pun joinlah sekali untuk mencari pengalaman baru. Ramailah yang masuk termasuk budak-budak kecik okay. Malu pula aku yang dah berusia ni, kayuh sikit dah lenguh sana sini. Hihihihi...
Aktiviti ni terhenti seketika bila aku pregnant. So basikal tergantung dalam stor. Nak-nak pula aku join aktiviti lain pula. Nak tau apa dia... nanti aku cerita kat next entry okay. Stay tune. xoxo.

Comments