top of page

COOKING is not MY MIDDLE NAME😂

  • Writer: aicha don
    aicha don
  • 30 Jun 2019
  • 2 min membaca

Updated: 6 Jul 2019


Aku tak malu nak cakap yang aku bukanlah seorang yang pandai masak. TETAPI kalau setakat nak makan, in sya Allah boleh dimakan lagi kalau aku masak.. hihihihihi. Pengalaman pertama masak, kakak aku adalah tempat rujuk bila aku nak masak. Aku kehilangan arwah ibu aku masa aku berumur 15 tahun. So kakak akulah mangsa aku sampai dia stress sebab setiap kali nak masak, aku akan call dia bila aku perlukan.


Kini alhamdulillah sudah boleh dikatakan aku tahulah memasak. Jangan main-main kakak aku yang stress dengan aku dulu tu dah boleh istiharkan masakan aku sedap. hahahahaha. Tetapi tak boleh lawan dengan masakan dialah....opcoslah dia cakap dekat aku!!! Sabar sajalah, adat bila menuntut ilmu tidak boleh lawan tok gurunyakan.



Dulu punya cerita, aku tak suka part bakar-bakar kuih atau kek. Aku tak suka tepung semua. Bagi aku itu semua cerewet dan leceh. Nasiblah suami aku kan. Mr.Google dan MR.Youtube sebenarnya banyak bantu aku dalam perubahan drastik bila aku boleh pegang tepung dan sekutunya.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Bila tengok mr.Husband selera makan, jadi itu dah motivate aku untuk belajar memasak dan menyediakan apa yang dia suka makan. Aku suka follow blog Yatie Kitchen, Azie Kitchen sebab bila aku follow resipi diorang, in sya Allah semua menjadi dengan baik dan sempurna.


Bila apa kita buat menjadi, kita secara automatik akan bersemangat nak buat lagi. Eh jangan tak tau ada juga yang tak menjadi dan dibuang macam tu jer. Jenis aku ni, selagi tak menjadi selagi tuh aku akan berusaha sampai jadi. Nantilah kalau aku free nanti aku kongsi resipi yang aku belajar dengan bloggers yang aku mention kat atas okay.


Stay tune.. xoxo




Ni part aku masak sendiri.

First picture : Percubaan pertama aku buat kek buah kukus ( resipi dari Azie Kitchen )


Second picture : Percubaan membuat kek lumut ( sarawak ) , resipi dari kawan dekat Sarawak dan Azie Kitchen.


Third picture : Brownies. Haaaaaa brownies ni ada kisah disebaliknya sehingga dia mendapat nama tersendiri iaitu BROWNIES KEPALA BATU. macam mana boleh dapat nama tu.... rahsia! hihihi..


Last picture : Scone. ni memang peberet mr.husband. dek kasih ke suami, sanggup tau nak belajar buat. Kalau dengar nama, rasa macam susah nak buat. Serius aku cakap..... ia sangat senang nak buat.. try. Resipi dia?? tengok kat Youtube je. Segalanya dihujung jari anda je sekarang ni. Apa susah dan tiada alasan nak cakap tak boleh atau tak tahu. Kecuali data internet habis.. hahaha



Kalau nak try resipi di atas... taip saja nama Azie Kitchen. Dijamin sedap dan paling penting kita boleh ikut step dia ajar dan kongsi dalam setiap resipinya. Credit to Azie Kitchen.....


 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


© 2023 by seliparjepon Proudly created with Wix.com

follow me
  • White YouTube Icon
aicha don
21371250_1562061247148346_68346179976058
hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. pengalaman itu adalah sebahagian pelengkap hidup di dunia ini. 

Thanks for submitting!

bottom of page