FUTHER STUDY
- aicha don
- 28 Jun 2019
- 2 min membaca
Updated: 7 Jul 2019
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segala urusan dan makbulkan niat yang disimpan sekian lama. Weyyyy dah berusia macam ni, ditambah pula dengan statement berapi bila umur 31 tahun dah boleh dikategorikan sebagai WARGA EMAS, terasa malu dan tak confident nak sambung belajar. Tapi bila husband bagi semangat dan tengok kawan-kawan lain ada yang berjaya, terus on niat untuk sambung. Universiti Utara Malaysia adalah pilihan utama memandangkan cawangan ada di Pahang dan yang paling syok dekat dengan rumah. Tak sampai lima minit dah sampai kelas. hihihihi... Kelas pun hanya sekali sebulan, jadi boleh arrange masa antara kerja, family dan kelas.
Aku pilih course BPM ( Bachelor in Public Management ). Ini course terbaru dalam hidup aku so aku kena kerja lebih untuk catch up semua subjek. Maklumlah dah lama tinggal dunia belajarkan jadi otak nak kena beri masa untuk hadam semuanya. Aku berdoa semoga aku dan kawan-kawan yang lain akan berjaya bersama hingga hujung pengajian kami.

Ini ahli kumpulan aku sejak semester pertama. Kami beri nama " Satu Malaysia " untuk nama kumpulan kami, termasuk group whatsapp okay. Gambar yang first tuh sudah tentulah aku kan... Gambar kedua dan seterusnya selepas aku tuh, nama dia Naga, Nik, Arvin, Emma dan Diana. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang saling membantu biarpun masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Empat antara kami sudah bekeluarga dan 2 orang lagi hero hindustan tuh masih single... Eh jap.... seorang tuh dah berpunya, si Naga tuh tunggu masa nak kahwin. So yang masih available yang tinggi lampai macam model tuh. Kalau rasa nak berkenalan, boleh beritahu dekat aku, okay..... Kebetulan dalam group ini, kami adalah anggota beruniform yang sama warna tetapi berlainan jabatan.
Sempat lagi boomerang dalam kelas. Jangan salah faham. Aksi ini dibuat selepas mid term dan lecturer beri masa untuk rehat sebentar. Masa-masa macam ini yang ada untuk kami berkumpul bersama dan cipta kenangan manis bila masing-masing bawa haluan sendiri selepas tamat pengajian. Tapi aku harap hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bila, in sya Allah.
Comments