top of page

INIKAN RAYA.................................

  • Writer: aicha don
    aicha don
  • 6 Jul 2019
  • 2 min membaca

Updated: 7 Jul 2019


Alaaaaaaaaaaa...... ingatkan dapat edit guna lagu raya dalam wix ni.. Tak apalah janji music background ni happening juga. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang telah memilih penghujung Syawal iaitu pada 3hb Julai 2019 bersamaan 29 Syawal 1440H untuk Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia.


Selalunya ini antara majlis yang akan turut disertai oleh pengurusan tertinggi jabatan. Kesempatan ini juga warga Kastam Negeri dapat mengenali dan beramah mesra dengan bos-bos besar.

Konsep dan tema raya yang kami amalkan di jabatan ialah bebas tetapi masih mengekalkan suasana raya. Masa inilah kita dapat tengok bakat menghias dan kreativiti setiap bahagian. Jangan terkejut kalau ada yang siap upah untuk bertukang bagai. Mereka semua sangat bersemangat termasuklah bahagian aku. Seminggu sudah sakit kepala memikirkan konsep yang hendak dibuat. Makanan pula akan disediakan oleh caterer dan warga akan hidang makanan di gerai masing-masing ikut kreativiti juga yang sesuai dengan konsep gerai.  




Bahagian dan gerai aku memilih konsep urban yang mewujudkan suasana bus stop di kota metropolitan. Konon-kononnya orang bandar yang nak pulang beraya di kampung gitu.....Boleh swipe gambar kiri kanan okay untuk lihat gambar-gambar yang lain. Penarik utama gerai kami dan orang berebut nak bergambar, korang boleh tengok sendiri, confirmlah motor vespa klasik tu. Maklumlah nak letak bas nanti, tak muatlah pulakan orang nak masuk bergambar ke gerai kami.heeeeeeeeeeee....


Bukan di gerai aku saja, setiap gerai mempunyai photobooth masing-masing dengan konsep tersendiri. Barulah seronok nak selfie welfie bagaikan. Itu korang boleh tengok dalam video yang aku post dekat atas okay.Mesti ada yang tanya nombor apa pulalah yang ditampal dekat kepala anak patung gajah tu? Mari kita kongsi ilmu sikit.. Itu bukan sebarang nombor okay. Nombor itu dipanggil sebagai KOD TARIFF. Ada orang yang tahu tentang nombor ni. Kod Tariff berfungsi sebagai kod kepada sesuatu barangan dimana disebalik kod itu kita akan tahu apa barang itu, fungsi barang itu dan cukai serta duti yang ada pada barang itu, termasuklah juga permit yang perlu ada bersama barangan. Kod tariff ini sangat penting kepada peniaga, pengimport, pengeksport dan mana-mana pihak yang terlbat.



Tengok.... ini bukan setakat menghias gerai sahaja tetapi diselitkan sedikit info kepada tetamu dan juga warga Kastam. Barulah seronok bila ada yang melihat dengan muka yang pelik bila ternampak nombor-nombor ini ada di gerai kami.hihiihihi...... Cukup bab hias dan ilmu, kita masuk bab makanan yang kami hidangkan.


Gerai aku menyediakan hidangan satay, nasi impit dan kuah kacang untuk tahun ini. Selain hidangan ini, kami juga menghidangkan laksa pahang, mee sup, mee kari, nasi hujan panas, kuih muih, buah-buahan, lemang, ketupat palas, ayam golek, kambing golek dan bermacam-macam lagi. Memang puas hatilah sebab boleh makan semua ini dengan tetamu yang datang. Gerenti balik kenyang sampai malam...


Biarpun penat tetapi hati ini rasa seronok. Sesiapa yang ada baju raya yang cantik dan vogue, inilah masanya untuk bergaya. hihiihihihihihihi... Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi cuma ingin meriahkan lagi majlis itu sahaja. Tak syoklah kalau sesuatu majlis itu kaku dan sunyi sepikan. Inilah hiburan untuk kami semua.
 
 
 

Comments


© 2023 by seliparjepon Proudly created with Wix.com

follow me
  • White YouTube Icon
aicha don
21371250_1562061247148346_68346179976058
hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. pengalaman itu adalah sebahagian pelengkap hidup di dunia ini. 

Thanks for submitting!

bottom of page