top of page

"MELARAM"

  • Writer: aicha don
    aicha don
  • 6 Jul 2019
  • 1 min membaca

Updated: 7 Jul 2019




Kalau dilihat pada diri aku ini, aku bukanlah seorang yang pandai bergaya atau berfesyen. Make up pun malas apa tah lagi nak stylo bagai. Tetapi................. sejak aku masuk kerja di sektor awam inilah yang banyak beri aku peluang untuk "melaram". Setiap tahun akan ada program warga seperti hi-tea, dinner, majlis formal dan tidak formal jabatan. Bila sesuatu majlis telah diberi tema, masa inilah aku boleh "melaram" bersama kawan-kawan yang lain. Sebenarnya seronok bila kita hadirkan diri mengikut tema yang ditetapkan. Tidak dinafikan kita terpaksa berkorban sikit dalam soal kewangan untuk semua ini. Apa yang penting kena bijak menguruskan dan pandai sesuaikan apa yang sudah sedia ada dengan beli apa yang patut sahaja. Orang perempuan ini, bila diberi peluang seperti ini, confirm mereka akan buat sehabis lawa yang boleh.. hihihiihiihihhi..


Aku berterima kasih pada jabatan aku kerana dalam kesibukan bertugas pada setiap hari, masih diberi peluang untuk "me time" kepada warganya. Tak kan nak hadap komputer 24/7 kan. Event-event macam inilah yang beri kita untuk release tension sambil mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dalam setahun, kalau ada sepuluh program berserta tema, sebanyak itulah baju yang akan ada dan dicari oleh kami semua. hihihihihihihi... Tak percaya?? Boleh tengok video ni okay..

 
 
 

留言


© 2023 by seliparjepon Proudly created with Wix.com

follow me
  • White YouTube Icon
aicha don
21371250_1562061247148346_68346179976058
hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. pengalaman itu adalah sebahagian pelengkap hidup di dunia ini. 

Thanks for submitting!

bottom of page