MENAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU
- aicha don
- Jun 28, 2019
- 3 min membaca
Updated: Jul 7, 2019

Sebenarnya aku tak pernah plan ke, berangan ke or bercita-cita nak tawan puncak Gunung Kinabalu. Bayangkanlah Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ketinggiannya yang mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Sebelum aku story pasal pengalaman aku daki Gunung Kinabalu, jom aku kongsi sikit sejarah atau fakta mengenai gunung ni. Perkataan "Kinabalu" sebenarnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan dengan perkataan Aki Nabalu. Aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu membawa maksud gunung. Sooooooooo..... lantas ia menjadi gunung nenek moyang. Secara tepat lagi, gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.
Itu pasal lagenda Gunung Kinabalu..... masuk bab fakta pula... Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduknya. Gunung Kinabalu terhasil daripada pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi.
Jadi, dalam pertembungan itu, litosfera Laut China Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo. Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu juga telah menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan ( 5mm ) dan sukar dilihat dengan mata kasar.
Subhana Allah, Allahu Akbar... dengan izinnya ini semua berlaku. Kita tahu-tahu Gunung Kinabalu dah tinggi terus macam sekarang. Jika diikutkan ketinggian Gunung Kinabalu yang asal lebih tinggi dalam lingkungan 7,8 km dari ketinggian sekarang iaitu 4,095m. Ia berlaku kerana hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun. Appppppaaaaaaaaaaaaaaa, berjuta-juta tahun????????????? Kita yang hidup ni pun tak sampai seratus tahunkan...
Pengalaman Pertama dan Terakahir Dalam Hidup Aku
Ia bermula apabila ada geng-geng di pejabat plan untuk mendaki di Gunung Kinabalu. Kebetulan ada seorang kakak senior pelawa aku untuk join. Aku apa lagi memang excited lah bila diajak. Masa tu tak fikir dah stamina ke apa, yang penting join. hihihihi.
29 September 2010. Itulah tarikh yang aku dan geng-geng ekspidisi Gunung Kinabalu tidak akan lupa. Masa tu masih lagi dalam mood raya. Mencabar bila minggu tu, aku sibuk dengan persiapan dan program kesatuan. Ditambah lagi aku kena demam panas hingga hilang suara. Adoiiiiii... tak cancel pergi??? memang taklah. Semangat tu tetap ada dan tetap nak pergi.
Dugaan dan Rintangan
Nak tau cabaran masa mendaki. Kita akan mendaki dengan menaiki tangga-tangga sedia ada, batu-batu dan laluan tanah seperti biasa. Cabaran dan dugaan bertambah bila ketinggian meningkat dan hujan lebat turun. Kami telah dinasihatkan bawa barang yang sedikit dan dibekalkan makanan semasa mendaki. Sepanjang laluan ada tempat rehat yang disediakan. Pencapaian masa aku buat... bermula pukul 10pagi di kaki gunung dan aku tiba di Laban Rata Resthouse lebih kurang pukul 5 petang. Penat oiiiiiii dengan sejuk kena hujan lagi..huhuhu... Mesti ada yang tanya kat atas tu ada Resthouse ker?? Ada. Jangan main-main okay. Masa nak mendaki tuh kami berselisih dengan "porter" yang tengah pikul tong gas dan pintu nak dibawa naik ke atas. Steady weyyyyy masa diorang pikul menda alah tu. Aku memang tabik spring kat diorang.
Cabaran
Hampir putus asa.
Pukul 2.30 pagi kami dikejutkan untuk bangun dan menyambung pendakian sehingga puncak. Sejuk dan gelap. Dahlah air macam air batu macam kat kutub utara. hihihihi. Memang tak mandi dan cuma gosok gigi dan basuh muka sahaja. Siapa yang sanggup nak mandi dengan air sejuk macam tu. Aku dah rasa down malam tu sebab suhu badan aku naik dan demam aku tak kebah. Aku telan ubat terus tidur sebab nak sambung pendakian. Imaginelah mendaki dengan keadaan sejuk dan gelap then cuma berbekal head lamp untuk bantu masa mendaki. Kau tak akan nampak apa-apa disekeliling kau kecuali lampu head lamp yang digunakan dan dinasihatkan pegang tali yang disediakan.Macam orang buta tau masa mendaki. Nak sampai ke puncak bermacam-macam cabaran, kawan-kawan banyak bagi semangat sampai berjaya juga menawan puncak tu. Hilang rasa letih dan sakit sekejap. Masa nak turun dari puncak, baru kau akan tahu dan nampak laluan yang kau dah lalu, sebab hari dah cerah. Scary okay...... cerun yang memang boleh membawa maut masa kau lalu ketika gelap then bila nak turun kau kena lalu gak. Kalau korang nak tau lebih lanjut, try lah naik sekali. Baru best..... hihihihiii... Tengok tahu video aku buat tu.
Comments