top of page

MENEMBAK

  • Writer: aicha don
    aicha don
  • 28 Jun 2019
  • 1 min membaca

Updated: 5 Jul 2019

Ini antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Bukan setakat pegang, tapi kita kena tahu tentang peranan "dia", cara kendalikan "dia", cara cuci "dia" dan yang paling penting dan ditekankan ialah aspek keselamatan bila bersama "dia".

Ini antara peserta kursus Menembak anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang yang diadakan di Lapang Sasar TLDM, Tanjung Gelang.

Setiap pegawai akan diberi latihan menembak ketika menjalani Kursus Asas selama tiga bulan di Akademi Kastam Malaysia ( AKMAL) bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Lepas tu, memang jarang atau jauh sekali nak pegang senjata api kecuali pegawai yang bertugas di bahagian penguatkuasaan sahaja. Takut oiiii sampai mengigil, berpeluh nak pegang senjata api ni. Masa ni lah kita kena berhati-hati dan kalau rasa tidak boleh handle, kita letakkan dulu senjata dan tarik nafas sehingga berasa tenang.



Dup dap dup dap jantung ni masa pertama kali pegang pistol. Masa tu belajar menembak menggunakan pistol jenis glock ( semi auto ). Nak tarik picu pistol, habis berpeluh satu badan. Saat picu ditarik dan pistol meletup je, tak boleh dibayangkan perasaan masa tu. Allah saja yang tahu debaran yang terasa. Peluru tak kena target pun... hihihihihihi....

Mungkin tidak semua dapat merasai pengalaman seperti ini. Bukan sahaja cara kendalian tapi kita diajar cara mengawal diri sendiri. Memang aku tidak akan lupakan saat-saat berharga seperti ini dalam diari hidup aku.


jumpa lagi. xoxo

Setiap penembak akan ada seorang "baby sitter" yang akan bersama mereka. Tugas "baby sitter" ini untuk jaga kita dan ajar teknik menembak dengan betul. Macam-macam gaya yang ada masa latihan menembak. Sampai geleng kepala "baby sitter" dekat belakang tu. hihihihi... psssssstttt aku yang pakai cap putih tuh.

 
 
 

Commenti


© 2023 by seliparjepon Proudly created with Wix.com

follow me
  • White YouTube Icon
aicha don
21371250_1562061247148346_68346179976058
hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita. pengalaman itu adalah sebahagian pelengkap hidup di dunia ini. 

Thanks for submitting!

bottom of page